Ucapan Aluan Pengerusi
Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad
Pengerusi
YBhg Dato Dr Norbik bin Bashah.
Doctor of Philosophy in Computer Science (Information Security) – Doctor of Philosophy, University of Wales.
Master of Science in Computer Science – Masters Degree, University of Queensland.
Bachelor of Science (computer Science) – Bachelor Degree, University of New South Wales
Tahniah kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang telah dipilih untuk mengemudi KOSENJAYA bagi sesi 2020-2021. Ayuh kita laksanakan amanah ini dengan menyusun perancangan yang strategik bagi mencapai sasaran & objektif koperasi, sekaligus dapat menghasilkan manfaat kepada ahli koperasi keseluruhannya.
Pandemik Covid-19 yang belum berakhir disulami dengan suasana ekonomi dan politik negara yang masih tidak menentu. Cabaran ini memaksa ALK dan kakitangan Koperasi bertugas dengan lebih gigih untuk memastikan Koperasi terus berkembang maju dan kekal berdaya saing. Kerjasama dan semangat dalam memajukan koperasi ini akan terus menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran dan objektif yang telah dikenalpasti.
Visi KOSENJAYA adalah menjadi Koperasi Digital yang unggul di Malaysia, inshaAllah. Koperasi ini berhasrat menjadi pemain utama perkhidmatan kewangan P2P (peer-to-peer). Kita mahu meletakkan nama KOSENJAYA menjadi sebuah koperasi yang disegani di negara dan seterusnya di nusantara. Untuk itu, ALK dituntut memberi sepenuh komitmen dan bekerja sebagai satu pasukan yang tersusun rapi. Kita telah bersetuju menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebagai panduan halatuju transformasi koperasi berlandaskan kepada 6 prinsip utama iaitu mesra pasaran, memenuhi keperluan, berasaskan merit, bercirikan ketelusan, pro pertumbuhan sosioekonomi anggota serta daya saing yang mampan.
Kita yakin koperasi ini mampu lebih meningkat dan maju. Kita berharap ALK dapat menyerlahkan lagi pelbagai inisiatif baru mesra anggota, mencetus daya kreativiti dan inovasi yang bermutu tinggi untuk mempromosi produk koperasi. Akhir kata, saya merakamkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan padu terhadap apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi. Semoga KOSENJAYA memberi manfaat kepada anggotanya di dunia dan akhirat.
