Keanggotaan
Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad
KEANGGOTAAN
Keanggotaan KOSENJAYA terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas serta bermaustatin atau bekerja di Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada : –
- Pelabur-pelabur saham runcit di Bursa Malaysia.
- Pemegang saham tersenarai di Bursa Malaysia.
- Kakitangan syarikat yang tersenarai yang mendapat ESOS (Employee Share Option Scheme).
- Pendeposit individu simpanan tetap di bank-bank.
MANFAAT ATAU FAEDAH KEPADA ANGGOTA
Antara manfaat dan faedah yang diperolehi sebagai anggota Konsenjaya adalah seperti,
- Mendapatkan peluang pembiayaan dengan murah, mudah dan segera
- Mengekalkan pegangan saham tersenarai tanpa menjualnya walaupun dicagar
- Menikmati keuntungan modal dan dividen saham yang dicagar
- Bayaran ansuran yang rendah dan flexible
- Pulangan pelaburan yang menarik berbanding simpanan tetap
RISIKO PELABURAN
Amalan pengurusan risiko yang baik amatlah penting didalam setiap perniagaan dan pelaburan. Justeru itu, KOSENJAYA telah membentuk Ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang berpengalaman bagi memastikan setiap proses pembiayaan telah melalui tapisan pengawalan risiko yang berkesan.
Walaupun aktiviti perniagaan utama KOSENJAYA adalah menyediakan perkhidmatan sebagai agen pemasaran namun anggota-anggota yang membuat pelaburan didalam menyediakan dana pembiayaan juga terdedah kepada risiko. KOSENJAYA telah mengenalpasti jenis risiko -risiko tersebut dan kaedah mengawalnya seperti,
- Risiko Credit
- Risiko Pasaran
- Risiko Kecairan
- Risiko Operasi
KAEDAH MENGAWAL RISIKO
- RISIKO KREDIT – Semua pembiayaan anggota tidak dinilai melalui kebolehan credit anggota yang dibiaya tetapi kelulusan pembiayaan berdasarkan jenis dan nilai saham tersenarai yang dicagar oleh anggota dibiayai.
- RISIKO PASARAN- Harga pasaran dan turun naik saham yang dicagar senantiasa dipantau secara harian dan sebarang kejatuhan nisbah margin saham yang dicagar akan dipulihkan samada melalui tambahan saham cagaran atau tunai dan yang terakhir adalah melalui jualan paksa. Had maksimum Nisbah Margin yang dibiaya (MOF) ditetapkan pada kadar 50% dari nilai saham yang dicagar.
- RISIKO KECAIRAN- KOSENJAYA akan memastikan hanya saham yang dicagar mempunyai nilai dagangan harian sekurang-kurang RM1 juta atau lebih atau saham yang mempunyai pasaran modal melebihi RM500 juta.
RISIKO OPERASI – Semua saham yang dicagarkan akan disimpan didalam akaun Nomini/Custodi yang dilantik oleh KOSENJAYA dan semua wang pembiayaan akan dibayar kepada KOSENJAYA sebelum diserahkan kepada anggota yang membiaya dan anggota yang dibiaya.
