Profil Pengerusi

Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad 

Pengerusi

YBhg Dato Dr Norbik bin Bashah.

Doctor of Philosophy in Computer Science (Information Security) – Doctor of Philosophy, University of Wales.
Master of Science in Computer Science – Masters Degree, University of Queensland.
Bachelor of Science (computer Science) – Bachelor Degree, University of New South Wales

Dato’ Dr Norbik Bashah Idris adalah seorang Professor dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di UIAM. Beliau tersohor sebagai seorang perintis awal bidang keselamatan siber di Malaysia. Sepanjang kariernya, Prof Norbik telah menjadi pembicara utama, profesor pelawat, tokoh korporat, perunding & penasihat keselamatan siber kepada pelbagai organisasi & pemerintah, di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau tersenarai antara pengusaha  IT Terbaik Ernst & Young 2007, dua kali pemenang “Anugerah Cemerlang (ISC)2 untuk Asia-Pasifik”, penerima anugerah “IDG Distinguished Chief Security Officer” juga untuk Asia Pasifik. Beliau pernah merangkul 7 pingat Emas untuk produk & perkhidmatan Cybersecurity dan pemegang beberapa paten.  Minat terkini Professer  Dato’ Dr Norbik adalah menggembeling keselamatan siber & DLT (Blockchain) ke dalam produk & perkhidmatan Fintech patuh-syariah dengan harapan dapat menyumbang kepada Maqasid Syariah.