Profil KPE

Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad 

Ketua Pegawai Eksekutif

YBhg Saifulizan Bin Haron

Ijazah Kedoktoran Pengurusan (Aeu) – Candidates
Master Pengurusan (AeU), DIM (OUM) Certificate of Management (MIM), Sijil Perakaunan (Institut Goon Kuala Lumpur) Certificate of Professional Customer Service ( Singapore Airlines)

Encik Saifulizan bin Haron  mempunyai pengalaman lebih dari 24 tahun dalam Industri Perbankan,  Perkhidmatan Kewangan, Industri Kad Kredit dan Kad Debit Maybank. Beliau memegang beberapa jawatan termasuklah Pengurus  MaybankCard Showcase (KLCC), Pasukan Perbankan Premier Kad  dan Jabatan Pengekalan Pelanggan Kad (Customer Retention, Customer Engagement, Cards & Payments)  sejak tahun 1995 hingga  2019.

Saifulizan memulakan kerjayanya dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1991 sebagai Pegawai Kutipan di Bahagian Kawalan Kredit MARA dan Auditor di Bahagian Kenderaan MARA di mana beliau memperolehi  pengalaman dalam Industri Pengangkutan, Kawalan Kredit dan Audit. Beliau  juga pernah berkhidmat dengan MISC Berhad Kuala Lumpur di Jabatan Kontena Logistik Antarabangsa MISC pada tahun 1994.

Dalam aktiviti NGO, Encik Saifulizan bin Haron merupakan  Presiden Persatuan Alumni Sekolah Kampung Pandan Kuala Lumpur, Setiausaha Kehormat Persatuan Alumni SMK Aminuddin Baki KL (Sekolah Berprestasi Tinggi).  Beliau juga merupakan bekas Anggota Lembaga Koperasi Alumni Sekolah  Aminuddin Baki KL Berhad dan juga memegang beberapa jawatan PIBG di  SMK  Aminuddin Baki KL,   SMK Cochrane  Jalan Perkasa KL dan   Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya Kuala Lumpur. Saifulizan bin Haron juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.