Sejarah Penubuhan
Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad
Sejarah Penubuhan KOSENJAYA
Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad atau dikenali sebagai KOSENJAYA ditubuhkan pada tahun 2019. Ianya ditubuhkan oleh kakitangan serta pelangan yang mendapat pembiayaan margin saham daripada syarikat Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd (SJ Capital). Anggota-anggota KOSENJAYA juga adalah terdiri daripada pelabur- pelabur yang mendapat peruntukan saham Terbitan Baru (IPO) melalui Penempatan Persendirian (Private Placement) daripada bank-bank pelaburan dan saham peruntukan bumiputra daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & industri (MITI).
Mereka mendapati bahawa perlunya ada jalinan kerjasama yang berterusan dikalangan mereka iaitu samada penerima pembiayaan atau pelabur yang mendapat peruntukan saham terbitan baru (IPO). Mereka juga melihat bahawa perkembangan pesat teknologi digital dan secara talian (online) mempunyai pasaran yang luas dan juga boleh membantu menghubungkan anggota Kosenjaya dengan lebih efektif, mudah dan cepat. Mereka berhasrat menjadikan KOSENJAYA sebuah Koperasi Fintech yang pertama di Malaysia.
Visi
Visi KOSENJAYA adalah ingin menjadi sebuah Koperasi teknologi kewangan (Fintech) yang pertama menggunakan inovasi teknologi untuk kemudahan anggota dalam membuat transaksi kewangan seperti melabur dan mendapat pembiayaan secara dalam talian atau online.
Misi
Penyediaan perkhidmatan bagi memudahkan transaksi kewangan dilakukan dengan menggunakan inovasi teknologi kewangan (FINTECH) dan membina Pentas P2P (Platform) bercagar bagi menghubungkan anggota yang memerlukan pembiayaan dan anggota yang ingin membuat pelaburan dengan menyediakan pembiayaan secara dalam talian (online). Dengan cara ini anggota akan mendapat pembiayaan yang kompetetif, efisien dan pulangan pelaburan yang lebih menarik dan cepat.
Cita-Cita KOSENJAYA
Memberi perkhidmatan kepada anggota untuk mendapatkan peluang pelaburan pembiayaan bercagar dengan pulangan yang lebih baik serta membantu anggota mendapatkan akses kepada pembiayaan yang mudah, murah dan cepat dengan menggunakan inovasi teknologi kewangan (FINTECH).
Matlamat
Matlamat kami adalah untuk menjadi sebuah Koperasi yang menggunakan Teknologi 4.0 dan fintech untuk anggota-anggota kami membuat transaksi kewangan dan mendapat pulangan yang menguntungkan.
