Perkhidmatan

Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad 

PERKHIDMATAN

Fungsi utama KOSENJAYA adalah menyediakan perkhidmatan sebagai agen pemasaran kepada anggota-anggota secara dalam talian(online platform) dan diluar talian seperti,

  • Membantu anggota-anggota mendapatkan pembiayaan margin pembelian saham
  • Membantu anggota-anggota mendapatkan pembiayaan peribadi bersandarkan saham tersenarai yang mereka miliki
  • Membantu anggota-anggota yang ingin melabur dengan menyediakan dana pembiayaan dan pembelian saham.

PRODUK-PRODUK PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH KOSENJAYA SEBAGAI AGEN PEMASARAN KEPADA ANGGOTA

  • Pembiayaan margin pembelian Saham Terbitan baru (IPO)
  • Pembiayaan peribadi bersandarkan saham anggota
  • Pelaburan didalam saham terbitan baru sebagai penyedia dana

Pelaburan didalam pembiayaan margin saham kepada anggota

KONSEP PEMBIAYAAN SHARIAH YANG DITAWARKAN OLEH ANGGOTA KEPADA ANGGOTA

  • Tawarruq
  • Mudharabah
  • Musyarakah

Sebagai Agen Pemasaran Rasmi SJ Capital, Kosenjaya mampu menjana pendapatan melalui komisen pemasaran  dengan memasarkan produk pembiayaan SJ Capital kepada anggota serta mendapat perkongsian keuntungan bersama anggota selain daripada melalui yuran / fee penggunaan platform P2P yang akan dibina kelak.

JANGKAAN PULANGAN PELABURAN

Dengan meniru dan menggunakan model perniagaan pembiayaan SJ Capital, Kosenjaya mensasarkan anggaran pulangan sederhana kepada anggota serendah 8% hingga 12% setahun serta nisbah perkongsian keuntungan bersama anggota sebanyak (KOSENJAYA:10%): (Anggota:90%). Ini berdasarkan pulangan yang telah dicapai oleh SJ Capital melalui perniagaan pembiayaan saham secara shariah setakat kini dengan profil risiko yang rendah  dan  mencatatkan Pinjaman Tidak Berbayar Sifar (NPL 0%). Semua pembiayaan yang diberikan oleh SJ Capital adalah bercagar.